ENAM CARA UNTUK BINA NAFAS BARU DAN HALANG HIDUP KITA JEM DENGAN ROADBLOCK YANG TAK MUNASABAH…

1.UTAMAKAN AGAMA DALAM SEGALA HAL UNTUK ELAK GELAP HATI.

Solat tiang agama, zakat bersihkan harta, redha Allah & Redha ibubapa yang paling utama, serta  Tanggungjawab pada keluarga wajib diambil kira.

Benar kita bukannya orang yang sempurna tapi sekurang-kurangnya kita cuba elakkan jadi pendosa setia.

2.WATAK JAHAT TAK PERLU ADA DENGAN KITA.

Lahirkan sifat positif dalam diri, jangan wujudkan rasa yang orang benci kita, orang tak suka kita,atau orang ada udang disebalik mee dengan kita.

Terima sahaja teguran mahupun sindiran untuk bina kekuatan kita. Jauhkan diri dia andai kita rasa dia menyulitkan kita,sebab kita bukan dalam drama TV yang wujudnya orang ketiga untuk porak-perandakan cerita.


3. JADIKAN MASALAH ITU CABARAN.

Ubat geli-geli kita untuk terus kehadapan. Ayat ni biasa dengar tapi pahit untuk  ditelan, terus kehadapan elakkan sebarang tekanan.


4. DUIT BUKAN SEGALANYA, TAPI SEGALANYA PERLUKAN DUIT.

Hidup kita cuba berjimat, elakkan pembaziran, simpan segala bukti keluar masuk, catit supaya kewangan kita lebih terancang  walaupun anda bukan orang busniess.


5.JANGAN KELIRU DENGAN PENDAPAT ORANG.

Setiap orang ada pendapat masing-masing, kenal pasti hala tuju kita ,yakin dengan kebolehan diri, jangan terpengaruh dengan pendapat yang bukan ahli kerana akan membuatkan diri kita terlalu banyak berfikir.


6.ELAKKAN DARI JADI MAKCIK BAWANG.

Pekara ini sering berlaku tapi cuba elakkan supaya hidup tidak bercelaru, sibuk menambah rasa pada pkara yang bukan hal kita, sibuk bertanya perihal yang tak sepatutnya, menokok tambah cerita, ingatlah lumrah alam hidup ini roda ?

Gambar sekadar hiasan

Menulis Dlm Setiap Langkah – RohayatiMolok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *