‘Tak Sangka Sampai Sekarang Tiada Pasukan Berminat..’ – Zamir Selamat

Bekas penjaga gol kebangsaan, Mohd Zamir Selamat seperti tidak percaya kariernya mungkin akan berakhir seawal usia 29 tahun.



Zamir yang juga bekas penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Perak, PKNS FC dan Melaka United meluahkan kesedih4n itu di laman Instagram rasminya kelmarin. Pada masa sama, dia mengakui masih rindu untuk terus beraksi.



“Kadang-kadang malam macam ini la datang tak boleh nak tidur. Mungkin rindu kot. Iyelah, sudah 10 tahun ulang benda sama (bermain bola sepak dan tak sangka masa yang aku lalui sekarang (tiada pasukan) sampai seawal ini,” katanya.



Bagaimanapun, Zamir masih belum berputus asa dan mengharapkan doa peminatnya agar dia dapat mengikat perjanjian dengan mana-mana pasukan sebelum jendela perpindahan pertama pemain ditutup pada 20 Februari depan.



“Mungkin mustahil waktu macam ini ada lagi pasukan nak ambil saya tetapi harapan itu masih ada lagi di hati ini,” katanya lagi.



Sebelum ini, kelibat Zamir dilihat bersama Kelantan pada jelajah pramusim 2019, namun namanya ‘tidak melekat’ dalam skuad The Red Warriors kerana difahamkan tidak ada dalam perancangan pasukan itu.



Sumber: SukanSinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *