Brendan ajak rakan berjuang habis-habisan

“Mereka juga menghadapi cuaca sejuk yang sama seperti kami. Jadi tiada bezanya.”



Begitu kata pemain tengah Perak, Brendan Gan, ketika mengulas pertemuan pasukan itu dengan Ulsan Hyundai dalam pusingan ketiga play-off kelayakan Liga Juara-juara Asia (ACL) 2019 di Stadium Ulsan Munsu esok.



Brendan, 30, yang menyifatkan perlawanan itu sebagai ujian besar buat pasukan The Bos Gaurus, mengajak rakan sepasukan memberi saingan sengit kepada kelab gergasi Liga K itu.



“Mereka memang pasukan handalan tetapi itu tidak bererti Perak akan menyerah mudah.



“Kami mempunyai misi dan tanggungjawab menjaga maruah bola sepak Perak dan Malaysia,” katanya.



Pemain kebangsaan kelahiran Australia itu yang pernah mewakili Sydney FC serta beberapa kelab di negara kanggaru itu berkata kejayaan ke atas Kitchee SC dalam pusingan kedua kelayakan di Ipoh, Selasa lalu, melonjakkan semangat pasukan Perak.



“Kami melalui lebih 120 minit untuk mencapai kejayaan ke atas Kitchee dan kini berdepan satu lagi perlawanan sukar menentang Ulsan Hyundai.



“Apapun kami akan mencuba habis-habisan dan mempamerkan persembahan terbaik kami dalam perlawanan itu nanti.



“Saya berharap rakan sepasukan mempamer semangat juang kental yang menjadi ciri-ciri pasukan selama ini, ” tambahnya.

Sumber : Stadium arena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *